PERNIAGAAN SYARIKAT

Syarikat Setiabumi Bersaudara memulakan operasi secara sambilan dengan mengeluarkan batu asah Langkawi, kemudian menjadi pengedar pisau toreh, dan diikuti dengan barang-barang besi seperti golok, sabit, pisau serta minyak gamat Langkawi dan lain-lain.

Mulai tahun 1999, syarikat telah menjual atap genting berjenama "Multitile" dan kayu bumbung rumah, kini atap genting berjenama LAMA TILES. Pada tahun 2008, syarikat membekalkan atap zink kilang (AP RIP ROOFING SHEET) berjenama AJIYA serta TRUSS dan BATTEN untuk bumbung rumah mulai 2012.

Kini, Syarikat Setiabumi Bersaudara meluaskan aktiviti sebagai pemborong, pembekal, dan pengedar pelbagai produk IKS(SMI) seperti :

  1. Hardware: Alat Ketukangan (Tools)
  2. Peralatan Pertanian : Getah dan Sawit seperti Pisau Toreh, Cawan, Dawai, Batu Asah, Sudu, Ethepon,Cop Sawit dan Sabit.
  3. Barang-barang Plastik: Penyakar, Penyodok Sampah,Baldi dan lain-lain.
  4. Barang-barang Besi : Parang, Golok, Sabit dan lain-lain 
  5. Peralatan Pejabat & Sekolah 
  6. Peralatan Masjid & Surau 
  7. Kasut: Kasut Boot GOCO,Kuning, Selipar. 

Fokus syarikat pada tahun ini (2016) adalah barang Hardware (D.I.Y), Peralatan Pertanian (Getah & Sawit), dan peralatan untuk kerja-kerja pembersihan dan perkebunan.

Pelanggan dan bakal pelanggan syarikat terdiri daripada:

  1. Kedai-kedai hardware,pasaraya,pasarmini dan kedai runcit.
  2. Pusat-pusat pengajian seperti tadika/pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, maktab/institusi perguruan,kolej komuniti,politeknik dan universiti.
  3. Agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun seperti Majlis Perbandaran, Majlis Daerah,Pejabat Daerah,Pusat Serenti,INTAN,FELCRA,FELDA,RISDA,LGM,AADK dan FRIM.
Mulai Oktober 2010 hingga sekarang, syarikat menjadi pembekal tetap kepada Environment Idaman dan Green Resource Recovery Sdn. Bhd.,syarikat swasta yang mengendalikan kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa pepejal bagi pihak Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan sekitar Kedah dan Perlis.

Mulai Mac 2013 hingga sekarang, Syarikat menjadi pembekal tetap dengan FELDA TRADING SDN BHD, anak syarikat FELDA HOLDING BHD. Kategori barangan Hardware dan Peralatan Pertanian. Bekalan barangan tersebut dihantar ke seluruh kedai D'Mart dan D'Agro zon Ipoh (dari Perlis hingga Tanjung Malim).


3 comments:

  1. bagaimana saya boleh dapat sebutharga barang-barang syarikat tuan keluarkan

    ReplyDelete
  2. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian berada di atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerjasama. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans @ lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete
  3. bolih bagi no telefon utk dihubungi..

    ReplyDelete